Tips Bakar Kalori Dalam Aktiviti Seharian Anda

Dah cuba banyak cara untuk kurus tapi belum berjaya? Boleh cuba ubat kurus yang kami rekemen ni. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Secara teorinya, setiap 8,000 kalori yang terkumpul dalam badan iaitu tidak dibakar melalui proses senaman atau aktiviti fizikal yang lain, maka ia akan menaikkan berat badan sebanyak satu kilogram.




Oleh itu, kalori yang diambil pada setiap hari perlu diseimbangkan dengan penggunaan tenaga agar tidak timbul masalah pengumpulan lemak dalam badan.

“Banyak cara boleh kita lakukan untuk membakar kalori. Ia melibatkan aktiviti fizikal harian seperti berjoging, berenang, bermain skuasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis dan sebagainya.




“Bagi wanita, melakukan kerja-kerja seharian di rumah seperti membasuh kain, mengelap lantai, memvakum permaidani atau turun naik tangga untuk mengemas juga boleh membantu membakar kalori dalam tubuh. Tapi, ia perlu dilakukan secara konsisten,” tegas Nor Lizawati Che Lah, Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang.

Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 2.3 bilion orang dewasa akan mengalami lebihan berat badan manakala 200 juta bakal berdepan masalah obesiti menjelang tahun 2015.

Melihat kepada faktor pemakanan generasi kini yang lebih tertumpu pada makanan segera dan tidak mementingkan pengambilan makanan seimbang, ditambah pula dengan budaya hidup seperti leka bermain permainan komputer dan tidak melakukan aktiviti riadah, mampu menjadi sebab kepada peningkatan masalah kesihatan.

Hakikatnya, tepuk dada tanyalah selera. Jika kita berusaha mengawal pengambilan makanan secara seimbang dan menjalankan gaya hidup sihat, perkara itu sudah pasti boleh dielakkan.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, begitulah juga dengan kita yang mempunyai kuasa dalam membuat pilihan terbaik demi kehidupan lebih sempurna.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.6/10 (34 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 18 votes)
Tips Bakar Kalori Dalam Aktiviti Seharian Anda, 7.6 out of 10 based on 34 ratings