10 Tips Diet Paling Popular 2011

Seperti yang kami pernah lakukan di tahun lepas, kali ini kami membawakan kepada anda senarai top 10 tips diet yang paling popular bagi tahun 2011 (senarai mengikut #1 – paling popular ke bawah):

Tips Diet Popular #1 – 5 Tips Untuk Kempiskan Perut




Di tahun 2011 ini ramai yang buncit memilih untuk mengempiskan perut mereka.

http://www.jomdiet.com/5-tips-untuk-kempiskan-perut/

Tips Diet Popular #2 – 10 Tips Diet Paling Popular 2010

Kompilasi artikel top 10 tips diet bagi tahun 2010 mengungguli tangga kedua tips diet popular 2011.

http://www.jomdiet.com/10-tips-diet-paling-popular-2010/

Tips Diet Popular #3 – Tips Diet Berkesan Model Rasulullah SAW

Lagi tips diet popular bagi umat Islam, menurut model Baginda Rasulullah SAW.




http://www.jomdiet.com/tips-diet-berkesan-model-rasulullah-saw/

Tips Diet Popular #4 – Lagi Tips Bagaimana Aizat Kurus

Masih ramai yang mencari tips diet yang dilakukan oleh artis popular yang pernah mengalami masalah kegemukan suatu ketika dulu, iaitu Aizat Hamdan.

http://www.jomdiet.com/lagi-tips-bagaimana-aizat-kurus/

Tips Diet Popular #5 – Buang Toksin Dalam Badan

Selain tips bagaimana untuk mengempiskan perut, artikel berkenaan cara membuang toksin di dalam badan juga telah menjadi sumber rujukan utama untuk diet pada tahun 2011 ini.

http://www.jomdiet.com/buang-toksin-dalam-badan/

Tips Diet Popular #6 – 7 Faktor Obesiti Yang Anda Perlu Tahu

Tujuh faktor yang membuatkan anda menjadi obes. Artikel diterbitkan pada tahun 2010 ini masih lagi segar dan popular untuk tahun 2011 ini.

http://www.jomdiet.com/7-faktor-obesiti-yang-anda-perlu-tahu/

Tips Diet Popular #7 – Rahsia Diet Artis Popular – Aizat

Jika tips tambahan daripada Aizat mengungguli carta di tempat yang ke 4, artikel pertama mengenai diet Aizat ini juga popular mengungguli carta di tempat yang ke-7.

http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-aizat/

Tips Diet Popular #8 – Rahsia Diet Rasulullah SAW

Inilah model paling utama untuk kita sebagai umat Islam, umat Baginda Rasulullah SAW. Dan ini adalah artikel kedua selepas ‘Tips Diet Berkesan Model Rasulullah SAW’ yang mendapat tempat ke-3 tips diet paling popular 2011.

http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-rasulullah-saw/

Tips Diet Popular #9 – Diet Untuk Golongan Darah O

Boleh dikatakan di tahun 2011 ramai daripada golongan berdarah O ingin lebih sihat dengan mencari tips-tips diet yang sesuai dengan jenis darah O mereka.

http://www.jomdiet.com/diet-untuk-golongan-darah-o/

Tips Diet Popular #10 – 4 Latihan Yang Terbukti Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Anda

Ini adalah artikel original yang diterbitkan khas oleh pihak editorial JomDiet.com. Empat latihan mudah ini boleh membantu anda untuk membakar lebihan lemak di dalam badan anda. Juga ia menjadi artikel yang ke-10 paling popular di tahun 2011.

http://www.jomdiet.com/4-latihan-yang-terbukti-untuk-menurunkan-berat-badan/

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

4 Latihan Yang Terbukti Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Anda

Dah cuba banyak cara untuk kurus tapi belum berjaya? Boleh cuba ubat kurus yang kami rekemen ni. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Jadi anda benar-benar mahu menurunkan berat badan dengan cepat, tapi tidak yakin bagaimana cara untuk melakukannya? Anda tahu diet sahaja tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih menarik. Pastinya anda tahu bahawa anda memerlukan sesuatu yang lain.




Yang anda perlukan adalah latihan! Setiap jenis sukan bagus untuk menurunkan berat badan tetapi ada latihan-latihan tertentu yang benar-benar akan mempercepatkan proses diet anda.

Untuk memasukkan latihan tersebut ke dalam jadual kehidupan anda yang sibuk boleh mencabar tetapi jangan biarkan hal itu membantutkan usaha anda.

Jadi disini kami akan senaraikan beberapa latihan yang hanya mengambil beberapa minit dari hari anda tetapi hasilnya boleh dramatik.

Namun, sebelum memulakan program latihan yang baru, adalah penting untuk menyemak dengan doktor peribadi anda untuk memastikan anda cukup sihat untuk menjalani program latihan yang berat. Setelah itu barulah anda boleh sedia untuk melakukannya.

Jangan tunggu! Mulakanlah sekarang.

Ada dua jenis sukan yang seharusnya menjadi sebahagian daripada latihan rutin anda. Yang pertama adalah aerobik dan kedua adalah latihan pertahanan(beban). Kedua-dua jenis sukan ini sangat penting kerana mereka mempunyai fungsi yang sangat berbeza.

Latihan aerobik bertujuan untuk meningkatkan denyutan jantung anda dan meningkatkan stamina. Empat bentuk yang sangat umum dalam latihan aerobik adalah:

• Berlari
• Jalan cepat
• Berbasikal
• Skipping

Latihan ini boleh dilakukan baik di luar rumah atau di dalam dengan bantuan peralatan sukan seperti treadmill dan tali skipping.

Manakala latihan beban pula bertujuan untuk membina otot serta mampu membakar lemak dengan lebih cepat . Semakin ramping otot yang anda miliki di tubuh anda, semakin cepat anda akan membakar lemak dan kalori.

Terdapat beberapa latihan cepat yang boleh anda lakukan di rumah untuk menurunkan berat badan dengan cepat, seperti:

1. Berjalan

Tak dinafikan lagi berjalan merupakan kunci untuk menurunkan berat badan. Semakin banyak anda berjalan semakin baik, cubalah untuk sekurang-kurangnya 30 minit berjalan setiap hari. Namun, penurunan berat badan lebih cepat akan dapat berlaku jika anda berjalan dua kali sehari selama 30 minit. Semakin cepat anda berjalan semakin baik kerana jantung anda akan mengepam lebih cepat.

2. Skipping

Skipping adalah latihan aerobik yang sangat baik. Hanya 50 lompatan setiap hari akan membakar kalori anda, tetapi untuk hasil yang terbaik cuba tambah 10 lompatan tambahan setiap hari sebagai rutin harian anda.

3. Step-up




Anda boleh menggunakan langkah-langkah ke belakang anda untuk yang latihan ini. Proses naik dan turun ini akan membuatkan jantung anda bergerak dengan lebih cepat dan lebih banyak kalori akan terbakar.

4. Squats (ketuk ketampi)

Squats dianggap salah satu latihan yang paling sukar untuk dilakukan jadi jangan malu jika anda hanya boleh melakukan satu atau dua sahaja. Ingat, tujuan squat adalah untuk membina dan menguatkan otot-otot serta membakar lemak lebih cepat.

Latihan-latihan di atas semua mempunyai satu kesamaan: mereka adalah latihan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Jika anda melakukan empat latihan di atas pada setiap hari maka anda sedang menuju ke arah yang sebenar untuk menurunkan berat badan.

Kredit: Flickr

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.7/10 (49 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +21 (from 29 votes)

Lagi Tips Bagaimana Aizat Kurus

Berikut adalah senarai soalan-soalan yang telah diajukan kepada penyanyi Aizat Amdan mengenai transformasi diet beliau & jawapan yang diberikan oleh Aizat sendiri.




Soalan dari pembaca pertama:

Hai abang Aizat

Saya ingin mengemukakan beberapa soalan, diharap abang dapat jawab.

1. Bagaimana abang Aizat boleh menurunkan berat badan sehingga menjadi kurus?

2. Apa aktiviti seharian abang Aizat semasa lapang untuk mengekalkan berat badan?

3. Bagaimana untuk menghubungi abang Aizat?

Tila, Negeri Sembilan.

Jawapan Aizat

1. Nak kuruskan badan ni bukan satu perkara yang mudah. Kita kena ada jati diri yang kuat barulah boleh dilaksanakan.

Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, memang tak akan jadilah. paling penting ialah kerja keras yang konsisten dan mempunyai diet yang betul untuk mengelakkan menjadi gemuk kembali.

2. Senaman dan diet yang seimbang sebenarnya penting bagi memastikan badan Aizat kekal seperti sekarang. Selain itu Aizat memang tidak menjamah makanan segera sejak dahulu lagi.

Soalan dari pembaca ke-2:

Hai Aizat,

Saya merupakan peminat Aizat sejak dalam Akademi Fantasia lagi. Tahniah kerana menjadi finalis juara lagu baru-baru ini. Saya suka dengar lagu-lagu Aizat dan saya juga kagum dengan penurunan berat badan Aizat.

Sebagai peminat yang juga mempunyai masalah berat badan, saya ingin tahu bagaimana Aizat berjaya menurunkan berat badan sehingga menampilkan penampilan yang kurus seperti sekarang.




1. Berapa lama Aizat mengambil masa untuk menguruskan badan dan menggunakan produk apa? Kalau boleh saya nak membeli produk yang Aizat guna dahulu.

2. Berapa berat badan Aizat dahulu dan sekarang?

3. Boleh beri saya tip- tip Aizat atau petua untuk kembali langsing?

Peminat Fanatik Aizat.

Jawapan Aizat

1. Sebenarnya untuk kurus sampai ke tahap sekarang memakan masa lima hingga enam bulan. Tapi, kalau ia dilaksanakan dengan teratur, kita akan dapat hasil yang lebih cepat.

2. Dahulu berat Aizat 112 kilogram. Kini tinggal 70 kilogram sahaja.

3. Tak ada tip dan petua yang tertentu. Cuma yang penting kawal pemakanan dan jangan sesekali tidak bersenam.

Kredit: Utusan & Aizat Amdan

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (20 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 10 votes)

Tips Diet Berkesan Model Rasulullah SAW

Diet seimbang, amalan pemakanan sihat pelihara Muslim daripada serangan penyakit

KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk diet makanan Baginda.




Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

Pertubuhan Jantung Amerika Syarikat menyarankan, semua kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.

Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.




Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)

Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.

Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.

Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)

Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.





Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”

Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”

Penulis ialah Penolong Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kredit : Bharian & Flickr

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (24 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +17 (from 17 votes)