Bahan-bahan :
– 300gm ayam
– 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
– 1 batang serai (ditumbuk)
– Sedikit halia (ditumbuk)
– Sedikit lada sulah
– 1 sudu besar sos tiram
– 1 sudu kecil kicap pekat
– Lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil)
– Beberapa cili padi (dipotong)
– Sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
– Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
– Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
– Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
– Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.
Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah.
Selamat mencuba!
Kredit : http://antwo.tblog.com
Resepi Diet - Ayam Kukus dan Sayur-Sayuran,