Tips Diet Pelakon Salina Saibi

Artis Salina Saibi ini sudah mencecah umur 30-an, namun kalau dilihat bentuk tubuh badannya seolah-olah beliau masih lagi di awal 20-an dan masih lagi anak dara.

Beliau berkata, dia semakin menekankan aspek penjagaan kesihatan dan bentuk badannya sejak bergelar ibu, tiga tahun lalu.





Salina, 30, berkata atas kesedaran itu dia begitu menitikberatkan soal pengambilan makanan dan senaman bagi mengekalkan bentuk fizikal yang menarik dan ideal untuk urusan kerja.

“Apabila umur semakin meningkat dan selepas bergelar ibu, tentulah fizikal juga akan berubah kalau tidak dijaga dengan baik.

“Sebab itu, saya sangat menekankan jenis makanan yang saya ambil. Kalau tanya rahsia saya adalah diet yang sihat dengan mengambil sayuran dan buah-buahan, selain mengurangkan makanan berkolesterol,” katanya.

Ibu kepada Farah Syakira, 3, ini berkata, selain aspek pemakanan dia juga kerap bersenam termasuklah berenang bersama anaknya itu.

“Saya akan berenang dengan anak saya setiap minggu. Bukan saja amalan itu baik untuk kesihatan dan bentuk badan tetapi ia juga waktu terbaik untuk saya luangkan bersama anak saya,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kehidupan sebagai seorang ibu, pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (menerusi Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam) ini berkata pengalaman tersebut memberikan kebahagiaan dan keseronokan kepadanya.





“Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Sejak jadi ibu tiga tahun yang lalu, saya sangat seronok menghabiskan masa dengan suami dan membesarkan anak saya,” jelasnya.

Salina yang baru sahaja terlibat dalam penggambaran drama Asmara Beijing terbitan Skop Productions, selain drama bersiri Metro Skuad dan filem Jalan Kembali… Bohsia 2.

Dalam filem sekuel kepada Bohsia yang masih diarahkan oleh pengarah terkenal Syamsul Yusof itu, Salina menggalas watak sebagai Amy yang kini mahu kembali ke pangkal jalan daripada kesilapannya yang lalu.

“Bagi saya, watak Amy untuk filem kali ini sangat mencabar. Ia menuntut permainan emosi yang tinggi kerana dia sudah bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan.

“Saya akui bukan mudah untuk bawa watak baik sebenarnya kerana sebelum ini saya sudah terbiasa dengan watak antagonis dan lasak,” kongsinya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.9/10 (14 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 9 votes)
Tips Diet Pelakon Salina Saibi, 6.9 out of 10 based on 14 ratings