Ragam Diet – Makan Telur Cacing Untuk Kurus

BEIJING: Pelajar perempuan di Xiamen, China dilapor memakan telur cacing bulat untuk mengurangkan berat badan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.




Telur berkenaan akan menetas di dalam perut, membolehkan mereka yang memakannya menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.

Dengan kekurangan pekerjaan di seluruh negara itu, wanita China berdepan dengan tekanan untuk kelihatan kurus jika ingin mendapat peluang pekerjaan, Sebahagian pelajar pula merenung gambar selama beberapa jam dengan hasrat mengekang selera makan sebagai cara untuk melangsingkan badan.




Seorang pelajar, Xiaomei berkata, beberapa rakannya menggunakan sabun khas yang dapat membantu diet mereka. Ada juga yang mandi sehingga 10 kali sehari.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.5/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)
Ragam Diet - Makan Telur Cacing Untuk Kurus, 9.5 out of 10 based on 4 ratings