7 Langkah Diet & Pemakanan Seimbang

Dah cuba banyak cara untuk kurus tapi belum berjaya? Boleh cuba ubat kurus yang kami rekemen ni. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Untuk menggalakkan pemakanan seimbang ikuti panduan berikut:




1. Kanak-kanak tidak seharusnya diberi hadiah manisan atau gula-gula sekiranya berjaya menghabiskan makanan utama kerana ini mengajar mereka mengutamakan gula-gula daripada makanan seimbang.

2. Makanan keluarga haruslah berdasarkan sajian seimbang dan sihat mengikut piramid makanan.

3. Setiap orang perlu memastikan pengambilan makanan yang betul.

4. Ibu bapa perlu mengehadkan jangka masa menonton televisyen dan menghadap komputer.

5. Remaja digalakkan membuat catatan makanan. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan di samping tempat, masa dan bersama siapa.

6. Makan di meja makan pada waktu yang tetap.

7. Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit.




Mengira berat badan unggul

Bagi mengetahui sama ada anda mempunyai berat badan unggul atau tidak, ikuti langkah ini:

– Timbang berat badan dalam kilogram.
– Ukur ketinggian dalam sentimeter.
– Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan menggunakan formula berikut:

BMI = berat badan (kg)
_______________
ketinggian (m) x ketinggian (m)

Jika BMI anda __________ Anda adalah

-> Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan

-> 18.5 – kurang 25 = Berat badan unggul

-> 25 – kurang 30 = Berat badan berlebihan

-> 30 dan lebih = Obesiti / gemuk

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.6/10 (66 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +19 (from 27 votes)
7 Langkah Diet & Pemakanan Seimbang, 7.6 out of 10 based on 66 ratings