Menteri: 92% Rakyat Malaysia Tidak Makan Buah & Sayur

Mengikut penyelidikan yand dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, majoriti rakyat Malaysia – 92 peratus – tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dimana ianya meningkatkan risiko mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD).




Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seseorang perlu mengambil dua hidangan buah-buahan dan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari.

“Bilangan berat badan berlebihan dan obesiti dikalangan rakyat Malaysia telah meningkat tiga kali ganda, ini yang membimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup dengan wakil-wakil daripada industri pembuatan makanan semalam.

Liow berkata tabiat makan yang tidak sihat telah menyebabkan peningkatan dalam kegemukan dan penyakit kronik (penyakit kardiovaskular, kencing manis, darah tinggi dan kanser) sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau berkata setiap daripada rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, seorang daripada lima mereka mempunyai diabetes dan satu dalam tiga mempunyai tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Dalam mesyuarat semalam, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia dan 34 syarikat-syarikat perkilangan makanan berjanji untuk memberi sokongan mereka untuk menghasilkan makanan dan minuman yang rendah gula, garam dan lemak yang sihat.

“Kami menggesa pengeluar makanan untuk menghasilkan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk membantu kementerian dalam memerangi NCD,” kata Liow.

“Orang ramai juga perlu sedar dan mengurangkan bahan-bahan ini (gula, garam dan lemak) dalam makanan mereka.”

Beliau berkata, garis panduan mengenai pengiklanan dan pemasaran produk makanan akan diperkenalkan tahun depan.

“Pengilang makanan perlu lebih bertanggungjawab apabila mengiklan dan memasarkan produk mereka. Ini akan dibuat secara kawal selia sendiri, dengan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka. ”




Beliau berkata, garis panduan juga akan melibatkan barangan makanan yang diimport.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata kementerian tidak akan bertolak ansur terhadap pengharaman penjualan minyak masak yang dikitar semula.

“Sesiapa yang mempunyai bukti perlu melaporkan kepada kami.”

Kredit: Flickr

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.5/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
Menteri: 92% Rakyat Malaysia Tidak Makan Buah & Sayur, 9.5 out of 10 based on 4 ratings