Lagi Tips Bagaimana Aizat Kurus

Berikut adalah senarai soalan-soalan yang telah diajukan kepada penyanyi Aizat Amdan mengenai transformasi diet beliau & jawapan yang diberikan oleh Aizat sendiri.




Soalan dari pembaca pertama:

Hai abang Aizat

Saya ingin mengemukakan beberapa soalan, diharap abang dapat jawab.

1. Bagaimana abang Aizat boleh menurunkan berat badan sehingga menjadi kurus?

2. Apa aktiviti seharian abang Aizat semasa lapang untuk mengekalkan berat badan?

3. Bagaimana untuk menghubungi abang Aizat?

Tila, Negeri Sembilan.

Jawapan Aizat

1. Nak kuruskan badan ni bukan satu perkara yang mudah. Kita kena ada jati diri yang kuat barulah boleh dilaksanakan.

Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam, memang tak akan jadilah. paling penting ialah kerja keras yang konsisten dan mempunyai diet yang betul untuk mengelakkan menjadi gemuk kembali.

2. Senaman dan diet yang seimbang sebenarnya penting bagi memastikan badan Aizat kekal seperti sekarang. Selain itu Aizat memang tidak menjamah makanan segera sejak dahulu lagi.

Soalan dari pembaca ke-2:

Hai Aizat,

Saya merupakan peminat Aizat sejak dalam Akademi Fantasia lagi. Tahniah kerana menjadi finalis juara lagu baru-baru ini. Saya suka dengar lagu-lagu Aizat dan saya juga kagum dengan penurunan berat badan Aizat.

Sebagai peminat yang juga mempunyai masalah berat badan, saya ingin tahu bagaimana Aizat berjaya menurunkan berat badan sehingga menampilkan penampilan yang kurus seperti sekarang.




1. Berapa lama Aizat mengambil masa untuk menguruskan badan dan menggunakan produk apa? Kalau boleh saya nak membeli produk yang Aizat guna dahulu.

2. Berapa berat badan Aizat dahulu dan sekarang?

3. Boleh beri saya tip- tip Aizat atau petua untuk kembali langsing?

Peminat Fanatik Aizat.

Jawapan Aizat

1. Sebenarnya untuk kurus sampai ke tahap sekarang memakan masa lima hingga enam bulan. Tapi, kalau ia dilaksanakan dengan teratur, kita akan dapat hasil yang lebih cepat.

2. Dahulu berat Aizat 112 kilogram. Kini tinggal 70 kilogram sahaja.

3. Tak ada tip dan petua yang tertentu. Cuma yang penting kawal pemakanan dan jangan sesekali tidak bersenam.

Kredit: Utusan & Aizat Amdan

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (20 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 10 votes)
Lagi Tips Bagaimana Aizat Kurus, 8.2 out of 10 based on 20 ratings