Rencana Kesihatan – Kegagalan Jantung

Pengenalan

Kegagalan jantung merupakan satu keadaan di mana jantung gagal melaksanakan fungsi utamanya. Jantung gagal untuk mengekalkan pengeluaran (darah beroksigen) yang mencukupi bagi seluruh tubuh berfungsi seperti biasa.

Deskripsi

Terdapat dua bentuk utama kegagalan jantung :

1. Kegagalan jantung sistolik – Berlaku apabila jantung tidak berupaya mengepam darah secukupnya ke seluruh badan disebabkan kekurangan daya untuk melakukan demikian. Akibatnya, darah dari jantung mungkin mengalir semula ke paru-paru.

2. Kegagalan jantung diastolik – Berlaku apabila jantung tidak dapat berehat sepenuhnya. Oleh yang demikian sedikit sahaja darah dapat memasuki jantung sebelum ia dipam ke seluruh tubuh, mengakibatkan pengumpulan darah terutamanya di bahagian bawah badan, termasuklah kaki dan tapak kaki.

Asas Saintifik

Jantung merupakan organ yang penting. Semua organ lain di dalam badan menerima bekalan oksigen serta nutrien dari darah yang dipam oleh jantung. Darah yang beredar ke seluruh badan akan kembali ke bahagian jantung kanan. Darah ini dikenali sebagai darah tidak beroksigen. Jantung kemudiannya mengepam darah itu ke paru-paru untuk menyerap oksigen semula. Seterusnya, darah yang mengandungi oksigen ini akan memasuki bahagian kiri jantung dan dipam semula ke seluruh badan.

Aktiviti elektrik jantung dicetuskan oleh sekumpulan sel khusus yang dikenali sebagai perentak atau pacemaker. Kedua-dua perentak dan otot jantung memainkan peranan yang amat penting dalam pengecutan jantung.

Apabila otot jantung dan perentak gagal membuatkan jantung mengecut dengan sempurna, jumlah atau kuantiti darah yang diedar ke seluruh badan akan berkurangan. Ini menyebabkan berlakunya kegagalan jantung.

Kegagalan jantung merupakan keadaan yang biasanya berlaku secara beransur-ansur, tetapi dalam keadaan tertentu ia boleh menjadi akut. Ini kerana badan mempunyai mekanisma tersendiri untuk mengimbangi atau menampan kesan-kesan akibat kegagalan jantung. Tiga bentuk utama mekanisma berkenaan ialah:
1. Penebalan otot jantung untuk menguatkan otot tersebut. Ini akan meningkatkan lagi kekuatan jantung untuk mengecut.

2. Menambahkan kekerapan pengecutan untuk meningkatkan peredaran darah.

3. Peningkatan ketahanan salur darah periferi untuk mengekalkan tekanan darah.

Mekanisma-mekanisma ini membolehkan tubuh menghentikan pembentukan kegagalan jantung buat sementara. Malangnya, keupayaan menampan ini mempunyai hadnya dan akan tiba masa di mana keupayaan jantung untuk mengepam berkurangan dan kegagalan jantung berlaku jua akhirnya.

Penyebab

Sebarang penyakit yang melibatkan jantung serta mengganggu peredaran darah boleh menyebabkan kegagalan jantung . Penyakit-penyakit yang disenaraikan di bawah ini boleh mengganggu keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan:

Penyakit jantung koronari – mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Ini menghalang otot jantung dari berfungsi dengan berkesan. Setakat ini, penyakit ini merupakan penyebab kegagalan jantung yang paling lazim.

Miokarditis – radang otot jantung yang boleh merosakkan otot tersebut.

Penyakit injap jantung – regurgitasi aorta boleh menyekat pengaliran darah, dengan yang demikian menghadkan bekalan darah ke sel-sel jantung

Penyakit-penyakit yang boleh mempengaruhi aktiviti elektrik jantung – menyebabkan jantung tidak dapat mengepam darah dengan berkesan akibat degupan jantung yang tidak sekata.

Faktor – Faktor Risiko
Faktor risiko kegagalan jantung termasuklah:

Umur

Risiko meningkat mengikut umur.
Merokok, paras kolesterol yang tinggi serta kegemukan atau obesiti
Ketiga-tiga keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari (penyakit jantung koronari merupakan salah satu penyebab utama kegagalan jantung).

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko kegagalan jantung sehingga 200 peratus

Diabetes mellitus
Proses penyakit diabetes ini boleh memusnahkan otot jantung samada secara langsung ataupun disebabkan oleh kemunculan penyakit jantung koronari.

Keabnormalan genetik

Beberapa keabnormalan genetik boleh menyebabkan penyakit jantung yang boleh membawa kepada kegagalan jantung.
Faktor-faktor yang memburukkan lagi penyakit jantung
Kardiak (jantung) – aritmia (rentak jantung yang abnormal), serangan jantung

Bukan-kardiak
anemia (kekurang sel darah merah di dalam badan)
pneumonia (radang paru-paru disebabkan oleh bakteria)
penyakit-penyakit lain
Berkait dengan rawatan
Ketidakpatuhan pesakit ( tidak mengambil ubat sebagaimana yang dinasihatkan oleh doktor)
Penggunaan dadah anti-keradangan bukan steroid (NSAID), steroid atau beta blockers
Lebihan beban cecair.

Insidens
Insidens kegagalan jantung yang kronik akan berganda setiap dekad bagi mereka yang berumur di antara 40 – 80 tahun. Dari segi umur, penyakit ini lebih biasa berlaku di kalangan kaum lelaki daripada kaum wanita.
Tanda – tanda dan gejala
Tiada sebarang gejala yang khusus bagi kegagalan jantung, tetapi pesakit mungkin mengalami perkara-perkara berikut:
Sesak nafas – juga dikenali sebagai dispnea. Gejala ini terjadi disebabkan cecair yang berlebihan di dalam paru-paru
Kelesuan – terjadi disebabkan sel-sel badan tidak menerima oksigen dan nutrien secukupnya akibat ketidakupayaan jantung mengepam dengan sempurna.

Pembengkakan – terutamanya di bahagian bawah badan disebabkan cecair yang berlebihan yang terkumpul di bahagian tersebut.

Batuk yang berterusan – terutamanya batuk yang menghasilkan mukus (kahak)

Biasanya gejala yang muncul boleh menentukan di sebelah mana kegagalan jantung ini berlaku, di sebelah kiri atau kanan jantung. Kegagalan jantung di sebelah kanan menyebabkan pengumpulan cecair di bahagian tersebut. Ini membawa kepada pengumpulan darah di bahagian kaki, tapak kaki, hati dan abdomen. Kegagalan jantung sebelah kiri menyebabkan pengumpulan cecair di dalam paru-paru. Ini membawa kepada masalah kesukaran untuk bernafas. Pengumpulan cecair yang teruk boleh mengancam nyawa pesakit.

Komplikasi

Berikut merupakan komplikasi yang mungkin timbul:
Rentak jantung yang abnormal – contohnya fibrilasi atrium
Trombosis atau darah beku dalam vena dalam (Deep Vein Thrombosis – DVT) – terdapat darah beku di dalam vena dalam di betis. Keadaan ini boleh membawa maut jika darah beku tersebut tertanggal atau terkeluar dan kemudiannya tersangkut di paru-paru (embolisma pulmonari).

Tromboembolisma
Kegagalan fungsi organ yang penting – disebabkan penurunan kandungan oksigen yang diterima
Kematian secara mengejut – disebabkan aritmia ventrikular

Ujian – Ujian
Doktor akan mendiagnosiskan kegagalan jantung berdasarkan perkara-perkara berikut:
Sejarah perubatan – gejala-gejala yang dialami oleh pesakit
Pemeriksaan fizikal – untuk mengesan tanda-tanda kegagalan jantung
Elektrokardiografi (EKG) – untuk menilai aktiviti elektrik jantung; biasanya tiada ciri-ciri yang khusus – selalunya bacaan EKG adalah normal
Ekokardiografi – untuk menilai fungsi jantung menggunakan ultrasound.
X-ray dada – untuk menentukan saiz serta bentuk jantung dan melihat sebarang keabnormalan pada paru-paru.

Pemantauan

Mereka yang berisiko tinggi perlu mengikut arahan berikut untuk mengurangkan peluang mendapat kegagalan jantung:
Jumpa doktor secara tekal
Ambil ubat sebagaimana yang dinasihatkan
Jumpa doktor secepat mungkin apabila wujudnya gejala

Prognosis

Kesan kegagalan jantung adalah serius dan sangat penting. Lebih kurang separuh hingga dua pertiga dari pesakit akan mati dalam masa 5 tahun selepas diagnosis (1). Kemandirian dipengaruhi oleh umur pesakit serta keadaan keseluruhan kesihatannya serta keterukan penyakit tersebut.

Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan boleh diambil untuk mengurangkan atau menghapuskan faktor risiko. Langkah-langkah berikut perlu dipertimbangkan dengan serius:

Lakukan pemantauan terhadap berat badan anda Obesiti merupakan salah satu dari faktor risiko kegagalan jantung. Oleh yang demikian, kawal berat badan anda.

Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol, lemak serta sodium (garam) Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam badan. Ini akan menghalang kesan dadah lain seperti diuretik.

Makanan yang tinggi kandungan lemak juga boleh menyumbang kepada terjadinya atau memburukkan lagi penyakit jantung koronari. Penyakit jantung koronari merupakan salah satu penyebab utama kegagalan jantung. Menjaga diet adalah amat penting bagi mencegah kegagalan jantung.

Berhenti merokok: Merokok merupakan faktor risiko utama yang boleh memburukkan lagi keadaan. Hanya dengan berhenti merokok, faktor risiko penyakit jantung boleh dikurangkan.

Elakkan pengambilan alkohol: Ia merupakan satu lagi faktor risiko yang penting yang perlu dijauhi.

Satu lagi faktor yang amat penting bagi mencegah kegagalan jantung ialah dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada doktor anda. Ambil ubat sebagaimana yang dinasihatkan. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera jika terdapat sebarang perubahan pada gejala yang dialami, supaya rawatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan

Kredit: Flickr

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.5/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
Rencana Kesihatan - Kegagalan Jantung, 9.5 out of 10 based on 6 ratings