Diabetes Mula Mengancam Golongan Muda di Malaysia

Seramai 300,000 golongan muda di negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai ‘T2DM’, kata Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar, Pakar Endokrinologi Universiti Sains Malaysia.




diabetes

Beliau berkata jumlah penghidap golongan muda itu dikhuatiri akan meningkat sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia dari 230 juta kepada 440 penghidap menjelang 2030.

“Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini adalah penghidap T2DM. Apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi lima peratus dari jumlah itu.

“Bilangannya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai dua peratus golongan muda menghidapi penyakit itu,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Kombiglyze Yze Xr, sejenis tablet baru untuk merawat T2DM.





Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011, beliau berkata seorang dari lima penduduk di negara ini menghidapi diabetes dan Malaysia merupakan negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.

Kredit Imej: Flickr

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.2/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
Diabetes Mula Mengancam Golongan Muda di Malaysia, 9.2 out of 10 based on 6 ratings