Tips Untuk Kurus

Dah cuba banyak cara untuk kurus tapi belum berjaya? Boleh cuba ubat kurus yang kami rekemen ni. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Jika diaamati, banyak masalah kesihatan sebenarnya bermula dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Kegemukan menjadi faktor risiko yang besar kepada penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, peningkatan tahap kolesterol, penyakit sendi dan beberapa lagi.




Apa yang perlu sentiasa diingat bahawa anda masih boleh mengurangkan risiko mendapat masalah kesihatan seperti yang disebut dengan perubahan gaya hidup aktif dan juga amalan pemakanan yang sihat dan seimbang sebelum terlambat.

Mulakan dengan pengawalan makanan untuk mengurangkan berat badan. Kita memperolehi kalori daripada metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Kalori digunakan oleh tubuh untuk penghasilan tenaga.

Tenaga diperlukan untuk fungsi asas tubuh seperti pernafasan, metabolisme dan sintesis sel-sel baru. Selain itu, tenaga diperlukan untuk aktiviti fizikal seperti bercakap, berjalan dan sebagainya. Ini akan membantu membakar kalori yang diperolehi daripada makanan.

Apabila wujudnya keseimbangan antara kalori yang diambil dengan yang dibakar, berat badan akan kekal stabil. Bagaimanapun, apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.

Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilan kalori mengikut keperluan tubuh kita.

Sebagai contohnya, seorang wanita yang mempunyai berat badan 64 kilogram dan tinggi 160 sentimeter, maka indeks jisim tubuhnya (BMI) adalah 25 (berlebihan berat badan). Maka anggaran keperluan tenaganya adalah 1600 kcal/hari. Dengan itu, beliau perlu merangsang pengambilan kalori sebanyak 1600kcal/hari.

Untuk menjayakan usaha untuk mengawal berat badan, adalah penting bagi seseorang itu untuk merancang saiz hidangan dan menu makanan anda. Pilihlah makanan yang tergolong dalam Indeks Glisemik makanan (GI) yang rendah.




Makanan GI rendah adalah lambat dicerna dan diserap, dan meningkatkan paras glukosa dan insulin secara lebih perlahan dan lebih bermanfaat untuk kesihatan. Manakala makanan dalam kategori GI tinggi pula memberi kesan sebaliknya.

Kebanyakan sayur tergolong dalam makanan GI rendah. Roti putih, nasi putih, mihun goreng tergolong dalam GI tinggi. Contoh golongan makanan GI sederhana adalah nasi beras perang, capati, madu dan sebagainya.

Senaman secara tetap merupakan cara mengurangkan atau mengawal berat badan yang disarankan memandangkan ia semula jadi dan berkesan. Pengambilan astaxantin serta amalan senaman akan membenarkan pengangkutan lemak secara berterusan ke mitokondria untuk penjanaan tenaga berterusan yang kemudiannya membantu meningkatkan ketahanan dan stamina serta mengurangkan keletihan.

Kadar pemulihan otot selepas senaman juga dipercepatkan serta mengurangkan pembentukan asid laktik selepas aktiviti fizikal yang intensif. Selain pemakanan seimbang, astaxantin juga mempercepatkan pengurangan lemak badan atau “pembakaran lemak” apabila digabungkan dengan senaman dan ia membantu dalam pembentukan bentuk badan dan otot.

Pengambilan astaxantin juga bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ia menghalang pengoksidaan kolesterol LDL dan ini menyumbang kepada pencegahan aterosklerosis. Ia juga memperbaiki tekanan darah tinggi.

Pigmen yang diperolehi daripada mikro alga Haematococcus pluvialis ini yang merupakan antioksida poten yang juga membantu melindungi daripada kesan tekanan oksidatif akibat glukosa darah yang tinggi.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.0/10 (37 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +10 (from 18 votes)

Epal Atau Pear? Cara Ukur Lilit Pinggang & Pinggul Anda

Nisbah ukur lilit pinggang dan pinggul (WHR) adalah salah satu cara pengiraan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti perubahan pada badan kita. Penambahan berat badan kita akan lebih ketara di bahagian pinggang dan pinggul.




Bahagian ini jugalah akan menjadi salah satu petunjuk kepada tahap kesihatan kita.

Bentuk badan yang mana kita inginkan, sama ada berbentuk buah epal atau pir? WHR akan dapat menggambarkan keadaan bentuk badan anda. WHR yang normal adalah:

– 0.95 atau ke bawah 0.80 atau ke bawah (berisiko rendah)

– 0.96 ke 1.0 0.81 ke 0.85 (berisiko sederhana)

– 1.0 dan keatas 0.85 dan ke atas (berisiko tinggi)

Cara pengukuran WHR ini adalah cara yang paling mudah selain pengukuran Body Mass Index (BMI) bagi mengenalpasti tahap aktiviti fizikal kita, kadar penggunaan tenaga kalori daripada pengambilan makanan atau kecenderungan kita untuk mengalami penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit sendi atau sebagainya.

Cara mengukurnya adalah seperti berikut:

– Ukur lilitan pinggang anda di paras pusat menggunakan pita pengukur menggunakan unit sentimeter atau inci

– Ukur lilitan pinggul dikawasan yang paling besar atau lebar

– Bahagikan ukur lilitan pinggang kepada ukuran lilitan pinggul dan rujuk hasil bahagi tersebut kepada jadual di atas bagi mengetahui kedudukan bentuk badan anda




Jika sekiranya keputusan WHR seperti tertera di jadual di atas dan bentuk badan anda menyamai bentuk buah epal lebih daripada menyamai bentuk buah pir makan risiko untuk mendapat penyakit disebabkan kegemukan adalah tinggi.

Melalui pemerhatian anda di depan cermin sudah pasti anda dapat mengenali bentuk badan anda tanpa perlu pengukuran WHR.

Tetapi jika sekiranya anda adalah seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan walaupun bentuk badan menyamai bentuk epal anda akan terus memantau perkembangan badan menggunakan teknik pengukuran ini.

Jika sekiranya anda dilahirkan dengan bentuk fizikal yang besar (keturunan) dan menyamai bentuk buah epal ini, bukan bermakna hidup anda akan sentiasa dihantui oleh penyakit-penyakit berbahaya disebabkan makanan melainkan anda dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui program pendidikan dan promosi kesihatan yang boleh diperolehi di hospital atau pusat-pusat kesihatan:

– Sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal

– Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat

– Senaman yang betul dan berterusan

– Tabiat hidup yang sihat dan berkualiti

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.8/10 (18 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)

Berita Diet: Turun 10kg Dalam Masa 6 Minggu

Siapa kata tampil langsing dalam masa enam minggu mustahil? Siapa kata menurunkan berat badan hampir 11.5 kilogram (kg) dalam tempoh enam minggu kerja gila?




Namun itulah hakikatnya. Kalau akurang percaya, apa kata bertemu dan berbicara sendiri dengan individu yang mengalami ‘transformasi’ mengagumkan itu.

Seperti mana 21 peserta lain, Mohd. Fadhlul Hadi Othman yang dinobatkan sebagai juara, menyertai Cabaran Sihat 6 Minggu Berama Kevin Zahri anjuran majalah iSIHAT sekitar Oktober tahun lalu dengan satu matlamat.

Hadir dengan berat badan 90.6 kg, Mohd. Fahdlul yang merupakan penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjaya menurunkan berat badan sehingga 79.1 kg.

“Sebelum ini saya merasakan untuk kurus sesuatu yang sukar. Tapi selepas apa yang dijalani sepanjang tempoh program ini rasanya ia tidaklah sesukar yang digambarkan.

“Kita cuma perlu pandai mengira berapa kalori yang masuk dan berapa pula kalori yang harus dibakar dan untuk membakar semula kalori tentunya dengan senaman yang konsisten,” katanya yang baru-baru ini berjaya menakluki Gunung Kinabalu.

Kejayaan Mohd. Fadhlul sebenarnya melebihi ramalan, Kevin Zahri, pakar pemakanan dan kecergasan serta penasihat program, yang menyatakan sebanyak 10 kg boleh dikurangkan menerusi program ini.

“Menurunkan berat badan bukan bermakna seseorang perlu berkurung 12 minggu dalam rumah, makan makanan yang sama dan melakukan aktiviti fizikal yang rutin sehingga berasa bosan.




“Untuk menjadikan proses penurunan berat badan berkesan, terdapat cara lain yang lebih menyeronokkan,” kata Kevin yang turut berkongsi kepakaran dimiliki menerusi eBook bertajuk Panduan Kurangkan 5 kilogram Dalam 5 Minggu dan telah terjual sebanyak 10,000 unit.

Kepada yang berminat apa kata, menyertai program Cabaran Sihat 6 Minggu Berama Kevin Zahri musim kedua bermula 2 Jun ini.

Program dimulakan dengan bengkel dan kaunseling oleh Kevin sendiri, diikuti sesi senamrobik yang akan diadakan Celebrity Fitness pada minggu seterusnya.

Ia dituruti dengan aktiviti merentas hutan, berbasikal, paintball dan merentas desa sejauh 10 kilometer sebelum diakhiri dengan majlis penutup pada 14 Julai 2012.

Selain Kevin, Kementerian Kesihatan merupakan pihak yang berperanan ‘memantau’ perkembangan para peserta.

Seperti mana sebelumnya, bagi proses pemilihan pemenang, peserta bukan hanya dinilai dari sudut penurunan berat badan tapi penyertaan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan.

Individu yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga, masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 serta hadiah sampingan.

Program Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama iSIHAT dan Kevin Zahri itu ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan turut disokong oleh rakan-rakan strategik seperti RTM, Celebrity Fitness, Perbadanan Putrajaya, Propark, AVON dan Shaklee.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.6/10 (19 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 5 votes)

Adele Tekad Mahu Kurus

Memiliki masalah berat badan bukanlah penghalang bagi, Adele, untuk terus berjaya. Ia dibuktikan dengan kemenangan besarnya di anugerah Grammy Award, baru-baru ini.

Namun, tidak bermakna Adele selesa dengan berat badannya. Setelah ditegur oleh Karl Lagerfeld, Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins, kini mula mengambil berat mengenai berat badannya dan cuba untuk kurus.




Kini, Adele mula menghadiri kelas latihan khas di rumahnya dan menempah jurulatih untuk latihan dua kali seminggu.

Menurut sumber terdekat, sebelum ini, Adele mahu mengamalkan diet tapi ditegah oleh doktor kerana terpaksa menjalani pembedahan kerongkong.

“Kali ini, dia betul-betul tekad untuk menurunkan berat badan. Selain latihan senaman itu, Adele turut mengambil pil, Pilates, selepas dicadangkan oleh rakannya. Beberapa bulan lagi, kita akan lihat hasil daripada usaha Adele,” kata smuber berkenaan.





Setelah memenangi enam anugerah di Grammy Awards, Adele bagaimanapun, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ingin bersara buat sementara waktu dalam bidang nyanyian.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.6/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)