Pil Kurus Bukan Penyelesaian

Soalan: Saya mempunyai masalah berat badan. Seorang rakan menyarankan saya mengambil pil kurus. Apakah kesannya kepada kesihatan saya? Bagaimana saya mahu menguruskan badan tanpa kesan sampingan?

* Suzi, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Masalah berat badan merupakan isu utama di kalangan wanita tak kira peringkat usia, bangsa dan adat budaya. Ia sentiasa menghantui pemikiran. Kadang-kadang wanita kita yang mempunyai masalah ini digelar ‘3G’ – gebu, gempal dan gemuk. Ada yang bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita. Para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsing badan. Kegemukan atau obesiti juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti meningkatnya risiko kanser payu dara, kanser usus (kolorektal), kanser rahim (uterus/ peranakan), penyakit buah pinggang, ketidakseimbangan hormon dalam badan, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan juga strok (angin ahmar).




Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan. Tapi untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen yang amat tinggi untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh.

Bersungguh-sungguh

Kalau anda bersungguh-sungguh mahu kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi dengan menggabungkan dua aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ia pasti berbaloi. Terdapat beberapa panduan ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu dengan menetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kilogram hingga satu kilogram dalam seminggu. Biasanya 0.5 kilogram adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1 kilogram pun dah bagus untuk peringkat permulaan.





Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor.

Rendah kalori

Anda juga disaran mengambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Anda juga hendaklah mengelak dari memakan makanan ringan di antara waktu makan dan memperbanyakkan meminum air mineral atau air kosong sahaja.

Anda juga hendaklah menetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh mengambil sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 – 11.00 pagi), makan tengahari (12.30 tengahari – 1.30 petang), minum petang (3.30 – 4.00 petang) dan makan malam (6.30 petang – 7.30 malam). Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda. Cuba amalkan untuk menjamah makanan di ruang makan dan bukanlah di depan televisyen. Biasakan diri untuk menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh, lakukan aktiviti senaman atau aerobik tiga hingga lima kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur, tidurlah dalam enam hingga lapan jam sehari. Saya mengharap agar Suzi dapat mencuba panduan kuruskan badan yang telah diberikan. Insya-Allah, anda akan kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal. Selamat mencuba.

Kredit: Utusan

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.5/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)

Masalah Obesiti Di Kalangan Pelajar Semakin Serius?

PETALING JAYA 17 April – Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa.




Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

“Langkah itu diharap dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak dengan berat badan berlebihan mendapatkan nasihat klinik kesihatan berdekatan bagi mendapatkan kembali berat badan ideal,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini.

Selain itu, jelasnya, penjualan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan di kantin sekolah, tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa serta-merta.

Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup lebih sihat.

“Ini berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa dengan kadar obesiti yang tinggi,” katanya.




Ujar Tiong Lai, kajian terbaru Kementerian Kesihatan juga menganggarkan kira-kira 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti.

Katanya, situasi itu amat membimbangkan kerana obesiti meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit diabetes, kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Tiong Lai berkata, negara masih dibelenggu masalah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes yang kini menduduki tangga teratas dalam 10 senarai penyebab utama kemasukan dan juga kematian di hospital kerajaan.

“Kurang bersenam, terdedah kepada makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktor penyumbang kepada ancaman penyakit ini.

“Dianggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi,” ujarnya.

Kredit: Utusan & Flickr

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 3.8/10 (9 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 3 votes)

Gula Punca Anak-Anak Obes

GOLONGAN kanak-kanak memerlukan pemakanan untuk tujuan iaitu tenaga, pertumbuhan fizikal yang sempurna dan perkembangan mental.

Justeru, piramid panduan pemakanan menyarankan seorang kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun perlu menikmati lima kumpulan hidangan iaitu bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan protein, tenusu serta minyak, gula dan garam dalam kadar tepat, seimbang serta dipelbagaikan.




Bagaimanapun, Perunding Pakar Diet, Indra Balaratnam berkata, trend pemakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan golongan kecil itu semakin bertambah iaitu 5.4 peratus daripada kira-kira 21,249 orang kanak-kanak yang direkodkan.

Masalah itu, katanya, berpunca daripada amalan pemakanan kanak-kanak yang lebih gemar sajian mengandungi kadar gula dan lemak tinggi seperti aiskrim, donut manis, agar-agar, mufin, burger, coklat, roti krim, gula-gula, bijirin sarapan, biskut serta minuman berkarbonat.

Jelasnya, seseorang kanak-kanak sepatutnya diberi lebih banyak hidangan mengandungi sumber gula semulajadi yang turut dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa seperti susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Namun, kebanyakan ibu bapa di negara ini dilihat membiarkan anak-anak menikmati hidangan mengandungi gula tambahan atau turut dikenali Sirap Jagung Solid, Sukrosa dan Sirap Glukosa Solid dalam kadar tinggi.




“Keadaan negatif ini bukan sahaja mengakibatkan anak-anak mengalami obesiti tetapi juga gigi rosak, kekurangan nutrien dan lebih teruk, penyakit kencing manis.

“Setiap hari kanak-kanak hanya memerlukan lima hingga enam sudu teh gula manakala dewasa, tidak melebihi 10 sudu teh gula.

“Namun kebanyakan individu bagi kedua-dua golongan itu didapati mengambil sehingga 24 sudu teh gula,” kata Indra.

Beliau memberitahu demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk Generasi Sihat, Kesedaran Pengambilan Gula dalam Nutrisi Kanak-Kanak sempena Pelancaran Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Indra, bagi mengatasi dan membendung obesiti kanak-kanak, ibu bapa adalah golongan utama yang perlu memainkan peranan mengawal dan menentukan jenis hidangan dinikmati anak-anak

Katanya, ibu bapa harus mempunyai maklumat mendalam bagi membantu mereka mengetahui sajian terbaik untuk anak-anak.

Pada masa sama ibu bapa sendiri perlu menikmati atau menyediakan hidangan berkhasiat di rumah supaya ia turut dimakan anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu bapa perlu menerangkan secara terperinci kepada anak-anak mengapa sesuatu makanan itu perlu atau tidak perlu dimakan.




Sementara itu Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia, David Ross, memberitahu, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan adalah hasil usaha syarikat berkenaan yang sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan rumusan keluarannya.

Produk terbaru keluaran Fonterra itu adalah susu untuk tumbesaran kanak-kanak yang pertama tanpa gula tambahan diperkenalkan di pasaran negara ini.

Ia mengandungi lebih 100 peratus nutrien penting untuk otak iaitu Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Gangliosida (GA) yang mampu membantu memaksimumkan hubungan sel-sel otak bagi mempercepatkan pembelajaran.

Kredit: Utusan & Flickr

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.3/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)

10 Tips Diet Paling Popular 2010




Bagi tahun 2010, kami telah membuat sedikit analisis kepada artikel-artikel yang diterbitkan di JomDiet.com dan di sini kami senaraikan 10 artikel diet paling popular bagi tahun 2010. (senarai mengikut #1 – paling popular ke bawah)

#1.  Rahsia Diet Rasulullah SAW

– Ini adalah rujukan diet paling terbaik untuk kita sebagai umat Baginda SAW.

http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-rasulullah-saw/

#2. Diet Untuk Golongan Darah O

– Ramai di Malaysia berdarah jenis O? Ini mungkin jadi sebab kenapa artikel ini sangat popular.

http://www.jomdiet.com/diet-untuk-golongan-darah-o/

#3.  7 Faktor Obesiti Yang Anda Perlu Tahu

Faktor yang menyebabkan kita menjadi obes. Memang satu artikel yang wajib baca bagi semua.

http://www.jomdiet.com/7-faktor-obesiti-yang-anda-perlu-tahu/





#4. Rahsia Diet Artis Popular – Aizat

Aizat pernah ‘comel’ sebelum ini tiba-tiba dilihat makin kurus. Apa rahsia diet Aizat? Artikel ini membongkar rahsia diet beliau.

http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-aizat/

#5. 8 Cara Tingaktkan Metabolisma Anda

Belajar cara bagaimana untuk meningkatkan metabolisma, kerana kadar metabolisma sangat mempengaruhi cara diet anda.

http://www.jomdiet.com/8-cara-tingkatkan-metabolisma/

#6. Diet Untuk Golongan Darah B

Selepas diet untuk golongan darah O, darah B menjadi kategori darah yang popular untuk diet.

http://www.jomdiet.com/diet-untuk-golongan-darah-b/

#7. [Infografik] Jumlah Kalori Dalam Makanan Anda

Ketahui jumlah kalori dalam setiap makanan yang anda ambil melalui infografik tyang menarik ini.

http://www.jomdiet.com/infografik-jumlah-kalori-dalam-makanan/

#8. Resipi Diet Mudah

Resipi mudah untuk diet. Ini resepi diet paling popular di JomDiet pada 2010.

http://www.jomdiet.com/resipi-diet-mudah/

#9. Tips Diet Sebelum Kahwin

Pelajari tips-tips diet sebelum anda mula membina rumahtangga. Tips ini ditulis oleh pakar diet Malaysia, Kevin Zahri.

http://www.jomdiet.com/tips-diet-sebelum-kahwin/

#10. Buang Toksin Dalam Badan

Pelajari bahaya toksin dan cara bagaimana untuk anda membuangnya.

http://www.jomdiet.com/buang-toksin-dalam-badan/

Kredit : Imej

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.3/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 5 votes)