Jadual Diet Atlet Negara

Setiap hari Zikri Elias, 19, perlu memastikan pengambilan kalorinya mencukupi untuk dia mengekalkan momentum pada sesi latihan yang diadakan.

Secara spesifik, pemain bola sepak skuad Harimau Muda B itu dikehendaki mengambil sejumlah di antara 2,500 hingga 3,500 kalori yang meliputi sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.




Perkara itu penting kerana penggunaan tenaga dalam badannya amat tinggi berbanding individu biasa yang tidak banyak menggunakan tenaga untuk tugas sehari-hari.

Menggalas tanggungjawab sebagai atlet negara, salah satu rutin harian Zikri yang wajib dilakukan adalah menjalani beberapa sesi latihan fizikal di padang bersama rakan seangkatan.

“Bagi tujuan tersebut, saya perlu konsisten dalam mengikut saranan yang diberikan oleh Pegawai Pemakanan di Institut Sukan Negara (ISN) yang telah menilai jumlah pengambilan kalori yang saya perlukan sehari-hari.

“Jika terlebih atau terkurang mengambilnya, ia akan memberi kesan negatif pada saya seperti kepenatan atau tidak cergas sewaktu sesi latihan,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu ketika ditemui Kosmo!.




Apa yang pasti, sebanyak 207 kalori diperlukan Zikri merangkumi hidangan seperti secawan milo dan enam potongan kecil tembikai susu untuk snek pralatihan pada pukul 6.30 pagi.

Tambahan 140 kalori untuk 500 milimeter (ml) minuman sukan dan 1,500ml air kosong sekitar pukul 7 pagi hingga 9 pagi pada sesi latihan. Sejumlah 430 kalori yang terdiri daripada dua keping roti gandum, telur hancur, yogurt rendah lemak dan segelas jus buah-buahan untuk sarapan pada pukul 9.30 pagi.

Untuk makan tengah hari pula, menunya terdiri daripada 100 gram spageti, puri tomato dan sebiji bebola daging, tiga kepingan brokoli, kentang panggang, semangkuk sup krim rendah lemak dan segelas jus buah-buahan yang mengandungi 561 kalori.

Ini diikuti dengan 290 kalori untuk minum petang dengan pengambilan dua keping roti gandum dan secawan milo. Pada sesi latihan pada pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang, 140 kalori diambil menerusi 500ml minuman sukan dan 1,500ml air kosong.

Untuk makan malam, sebanyak 522 kalori diperlukan yang meliputi dua senduk nasi, satu skop kacang, sekeping isi ikan, dua skop sayuran hijau, enam potongan kecil buah-buahan dan semangkuk sup kosong.

Bagi kudapan pada pukul 9 malam, dua biji pisang dan 250ml air soya akan membekalkan tenaga sebanyak 221 kalori.

Jumlah kalori berbeza




Menurut Pegawai Pemakanan ISN, Noor Faezah Abdul Jalil, 24, pengambilan kalori dalam kalangan atlet berbeza mengikut sukan yang diceburi.

Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang menentukan jumlah sebenar kalori yang diperlukan mereka. Antaranya termasuklah aspek usia, jantina, kekerapan latihan, intensiti latihan dan aktiviti fizikal harian.

“Semua faktor di atas penting untuk mengetahui dengan tepat unit tenaga yang akan digunakan oleh tubuh. Justeru, di ISN skop tugas kami termasuklah menjalankan program pendidikan berkaitan pengambilan makanan atlet dan melakukan ujian komposisi tubuh untuk melihat perubahan fizikal mereka.

“Di samping itu, kami juga akan menjalankan sesi kaunseling atau perbincangan untuk mereka yang menghadapi masalah berat badan,” jelas Faezah yang merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tambahnya, terdapat sembilan pegawai pemakanan yang bertanggungjawab memantau aktiviti pemakanan atlet berdasarkan sukan masing-masing.

Ditugaskan menjaga atlet dalam acara bola sepak, silat dan boling padang, Faezah memberitahu ketiga-tiga sukan tersebut mempunyai perbezaan dari segi keperluan kalori mereka.

“Sukan bola sepak contohnya tidak sama seperti acara boling padang yang dilihat lebih santai tanpa perlu terkejar-kejar bola di dalam padang. Begitu juga dengan acara silat.

“Dalam erti kata lain, setiap sukan ada pengkhususan mengenai jumlah kalori yang perlu diambil bergantung kepada tahap penggunaan tenaga oleh atlet itu sendiri,” katanya yang akan mengikut rombongan atlet pada sesuatu kejohanan jika ada permintaan bagi menjaga pemakanan mereka dalam pertandingan tersebut.

Apa yang pasti, bila sebut sahaja tentang kalori, ramai yang berasa takut dengannya terutama bagi individu yang mementingkan penjagaan berat badan.

Mereka seboleh mungkin akan cuba mengelak daripada makan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan tidak mahu mengambil nasi dalam diet harian. Namun, itu bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah, kalori merupakan satu unit tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ia dikira berdasarkan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu kilogram air ke satu darjah celsius.

“Tenaga untuk badan adalah satu keperluan. Ia amat penting dan tidak boleh disingkirkan sama sekali.

“Badan kita memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti seperti peredaran darah dalam jantung dan paru-paru, perkembangan tisu dalam badan, pergerakan otot, melawan jangkitan paru-paru dan sebagainya,” katanya.

Tenaga yang diperlukan biasanya diperoleh daripada makanan yang mempunyai lemak, protein dan karbohidrat. Malah, boleh dikatakan semua jenis makanan mempunyai kalori. Cuma, bezanya sama ada jumlah kalori itu sedikit atau banyak.

Umumnya, lelaki dewasa memerlukan di antara 2,000 hingga 2,500 kalori dalam sehari manakala wanita pula antara 1,600 hingga 2,000 kalori.

“Badan manusia memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.

“Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan sekali gus membahayakan kesihatan. Antaranya berpotensi menghidap penyakit tiga serangkai iaitu penyakit berkaitan jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi,” kata Nor Lizawati.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.0/10 (27 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +10 (from 10 votes)

Rahsia Langsing Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi

KEISTIMEWAAN Rozita Ibrahim adalah mencuba setiap produk yang dihasilkan. Beliau sanggup menjadi bahan eksperimen. Jika kebanyakan produk menampilkan orang lain sebagai ‘testimoni’, Rozita sebaliknya. Pengasas Sendayu Tinggi itu menjadi model produk keluarannya, itu pun setelah memastikan keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.




Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.

Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti setakat itu. Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.

Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk tersebut.

Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.

Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga mencecah 72 kilogram.

‘‘Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.

‘‘Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu Tinggi,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.

‘‘Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut kembang sekali. Hilang seri awet muda,’’ katanya. Sejak itu pelbagai usaha dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak membuahkan hasil.

Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses menurunkan berat badan.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.




‘‘Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram. Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,’’ katanya.

Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga kali ganda lebih cepat.

‘‘Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71 kilogram kepada 52 kilogram,’’ katanya.

Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.

Selain itu, beliau turut memperkenalkan Lempoyang Heat Cream iaitu minyak panas yang memberikan kesan panas sehingga 24 jam untuk kelegaan sakit-sakit sendi, menghilangkan perut buncit selepas bersalin, mengurangkan lemak dan ketidakselesaan badan. Tentunya lempoyang menawarkan keistimewaan tersendiri berdasarkan kajian yang telah dibuat. Kedua-dua produk terkini itu melengkapkan set pelansingan awal iaitu Lucimax, Garlic Plus dan Slimmertique yang sehingga kini bertahan di pasaran.

Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Bio Triple Slim dan Lempoyang Heat, boleh hubungi ibu pejabat Wisma Sendayu Tinggi di talian 0326935133.

Kredit: Utusan & blogahmadtarmizi-miji

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.6/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)

10 Tips Diet Paling Popular 2010




Bagi tahun 2010, kami telah membuat sedikit analisis kepada artikel-artikel yang diterbitkan di JomDiet.com dan di sini kami senaraikan 10 artikel diet paling popular bagi tahun 2010. (senarai mengikut #1 – paling popular ke bawah)

#1.  Rahsia Diet Rasulullah SAW

– Ini adalah rujukan diet paling terbaik untuk kita sebagai umat Baginda SAW.

http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-rasulullah-saw/

#2. Diet Untuk Golongan Darah O

– Ramai di Malaysia berdarah jenis O? Ini mungkin jadi sebab kenapa artikel ini sangat popular.

http://www.jomdiet.com/diet-untuk-golongan-darah-o/

#3.  7 Faktor Obesiti Yang Anda Perlu Tahu

Faktor yang menyebabkan kita menjadi obes. Memang satu artikel yang wajib baca bagi semua.

http://www.jomdiet.com/7-faktor-obesiti-yang-anda-perlu-tahu/





#4. Rahsia Diet Artis Popular – Aizat

Aizat pernah ‘comel’ sebelum ini tiba-tiba dilihat makin kurus. Apa rahsia diet Aizat? Artikel ini membongkar rahsia diet beliau.

http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-aizat/

#5. 8 Cara Tingaktkan Metabolisma Anda

Belajar cara bagaimana untuk meningkatkan metabolisma, kerana kadar metabolisma sangat mempengaruhi cara diet anda.

http://www.jomdiet.com/8-cara-tingkatkan-metabolisma/

#6. Diet Untuk Golongan Darah B

Selepas diet untuk golongan darah O, darah B menjadi kategori darah yang popular untuk diet.

http://www.jomdiet.com/diet-untuk-golongan-darah-b/

#7. [Infografik] Jumlah Kalori Dalam Makanan Anda

Ketahui jumlah kalori dalam setiap makanan yang anda ambil melalui infografik tyang menarik ini.

http://www.jomdiet.com/infografik-jumlah-kalori-dalam-makanan/

#8. Resipi Diet Mudah

Resipi mudah untuk diet. Ini resepi diet paling popular di JomDiet pada 2010.

http://www.jomdiet.com/resipi-diet-mudah/

#9. Tips Diet Sebelum Kahwin

Pelajari tips-tips diet sebelum anda mula membina rumahtangga. Tips ini ditulis oleh pakar diet Malaysia, Kevin Zahri.

http://www.jomdiet.com/tips-diet-sebelum-kahwin/

#10. Buang Toksin Dalam Badan

Pelajari bahaya toksin dan cara bagaimana untuk anda membuangnya.

http://www.jomdiet.com/buang-toksin-dalam-badan/

Kredit : Imej

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.3/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 5 votes)

Rahsia Diet Aizat Hamdan

Dah cuba banyak cara untuk kurus tapi belum berjaya? Boleh cuba ubat kurus yang kami rekemen ni. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Ramai yang mungkin terpesona dengan perubahan yang berlaku pada penyanyi terkenal AF ini, iaitu Aizat Hamdan. Lihat saja bentuk badan beliau semasa menyertai AF, dan bandingkan bentuk badan beliau selepas melakukan transformasi selepas mengamalkan beberapa teknik diet yang dikongsikan dibawah:




aizat sebelum berdiet

Dari apa yang kami selidik, ini adalah tips-tips diet yang diamalkan oleh Aizat untuk jadi kurus adalah:

  • Aizat amalkan jogging selama 35 minit;
  • Kurangkan makan;
  • Pergi ke gym dua kali seminggu;
  • Lakukan aktiviti diet-nya secara konsisten;
  • Sentuh nasi hanya sekali seminggu;
  • Makan makanan yang berorganik, berserat dan berorientasikan sayur-sayuran seperti salad;
  • Amalkan diet mengikut saranan doktor.

Hasil dari diet tersebut Aizat berjaya menurunkan berat badannya dari 112 kg ke 88 kg.




Aizat selepas diet

Kredit imej : Utusan, Flickr & mStar

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.3/10 (37 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +15 (from 21 votes)