Diabetes Mula Mengancam Golongan Muda di Malaysia

Seramai 300,000 golongan muda di negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai ‘T2DM’, kata Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar, Pakar Endokrinologi Universiti Sains Malaysia.




diabetes

Beliau berkata jumlah penghidap golongan muda itu dikhuatiri akan meningkat sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia dari 230 juta kepada 440 penghidap menjelang 2030.

“Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini adalah penghidap T2DM. Apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi lima peratus dari jumlah itu.

“Bilangannya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai dua peratus golongan muda menghidapi penyakit itu,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Kombiglyze Yze Xr, sejenis tablet baru untuk merawat T2DM.





Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011, beliau berkata seorang dari lima penduduk di negara ini menghidapi diabetes dan Malaysia merupakan negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.

Kredit Imej: Flickr

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.2/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)

Pembedahan Alternatif Terakhir Untuk Kurus?

pembedahan untuk kurus

Ada yang telah mencuba pelbagai jenis diet untuk kurus, namun tak kurus-kurus juga. Mereka mencuba pil diet, diet tanpa nasi (atkins diet), diet dengan herbalife, atau diet dengan bersenam.

pembedahan untuk kurus

Namun, kini terdapat satu lagi alternatif untuk kurus, iaitu melalui pembedahan.




Ia dipanggil sebagai pembedahan bariatrik, iaitu sebuah teknik pembedahan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan pada beberapa bahagian pada perut.

Pembedahan ini dicadangkan kepada individu yang mempunyai BMI yang melebihi 38 dan masih gagal untuk kurus walaupun telah mencuba pelbagai jenis diet. Memetik kata-kata Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Haron Ahmad:

“Bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan menjalani pembedahan.




“Selalunya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat.

“Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya, pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.

“Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

“Jangan salah tafsirnya sebagai pembedahan kosmetik,”

Antara yang pernah menjalani pembedahan ini pelakon Syanie.

Rawatan untuk obesiti antaranya pintasan gastrik, pembedahan sleevegastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik.

Terangnya, selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.

Lalu ia membuatkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang sering diambil.

Dr. Haron berkata, kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.

KelebihanPembedahan bariatrik mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Selepas pembedahan, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

“Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri,” terang Dr. Haron.

KomplikasiApa saja pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya, begitu juga dengan pembedahan bariatrik.

Namun ia berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang dijalani.

Terang Dr. Haron, dengan rawatan susulan, sesi bersama pakar diet dan kaunseling memastikan perawatan total kepada pesakit.

“Risiko untuk pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik untuk bocor ada sebanyak satu peratus.

“Selain itu, pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak mencukupi akibat pembedahan tersebut.

“Sebab itu pesakit perlu berterus an bertemu doktor bagi memastikan segalanya dikawal dan menyediakan pesakit dengan masalah yang mungkin dihadapi,” ujarnya.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.

Pesakit mungkin akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil. – UTUSAN

Nota JomDiet.com:

Apa pendapat anda mengenai kaedah pembedahan untuk kurus ini? Adakah ini cara boleh dianggap sebagai cara terakhir untuk kurus?

Kongsikan pendapat anda diruangan komen dibawah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.7/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)

20 Dari Setiap 100 Orang Di Kelantan Mengidap Diabetes

gula

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir, setiap 20 daripada 100 orang yang berumur 18 tahun ke atas adalah penghidap penyakit diabetes.




gula

Lebih membimbangkan, kebanyakan dari mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya telah menghadapi penyakit tersebut. Kata Dr. Ahmad Razin:

“Peningkatan turut melibatkan golongan remaja berusia 18 tahun yang sebahagian besarnya tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.”

Terdapat empat penyumbang utama kepada penyakit diabetes seperti:




1. Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat;

2. Berat badan yang berlebihan;

3. Kegemukan;

4. Gemar makan makanan yang manis.

“Pesakit diabetis berhadapan risiko dua hingga empat kali lebih tinggi mendapat serangan jantung dan lima kali diserang angin ahmar,” ujar beliau.

NOTA JomDiet.com:

Peningkatan ini bagi kami bukan sahaja berlaku di Kelantan, malah di seluruh negeri di Malaysia. Semua ini bergantung kepada bagaimana cara hidup kita (lifestyle), cara pemakanan kita.

Orang Kelantan memang terkenal dengan masakan manis mereka, dan ini mungkin salah satu sebab kenapa orang di sana lebih ramai yang menghidapi penyakit diabetes ini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.3/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)

3,420 Mati Akibat Tidak Amalkan Gaya Hidup Sihat

MUAR – Seramai 3,420 pesakit kronik tahun lalu, meninggal dunia berikutan kegagalan mereka mengawal tabiat makan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.




Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai berkata, ‘pembunuh’ terbesar adalah penyakit berkaitan pernafasan dengan mencatatkan 1,226 kematian.

Menurutnya, ia diikuti penyakit kanser dengan 810 kematian, jantung dengan 637 kematian dan kencing manis dengan 83 kematian.

“Penyakit-penyakit ini tidak berjangkit tetapi bilangan kematian akibat penyakit ini sangat membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Kecuali untuk diabetes, penyakit lain telah ‘membunuh’ seorang kanak-kanak kecil berusia satu tahun,” katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Parit Jawa, di sini, kelmarin.

Dr Robia berkata, negeri ini mencatatkan sebanyak 131, 287 kes terbaru penyakit diabetes tahun lalu, yang mana 98,864 daripada mereka diberikan rawatan si hospital dan klinik seluruh Johor.

Katanya, penyakit darah tinggi juga mencatatkan bilangan tinggi dengan 129,965 kes baru tahun lalu dengan 117,628 dianggap sebagai kes-kes yang aktif.

“Selain penyakit kronik, negeri ini juga prihatin terhadap peningkatan bilangan rakyat terutama anak-anak muda yang mempunyai berat badan berlebihan.

“Seramai 8,012 rakyat negeri ini diklasifikasikan sebagai ‘sangat gemuk’ dan menggesa keluarga supaya mematuhi diet dan mengurangkan penggunaan gula,” katanya.

Katanya, lelaki berusia bawah 40 tahun lebih cenderung untuk menghidap penyakit berbanding wanita. Ia dibuktikan apabila 54 lelaki meninggal dunia akibat penyakit strok berbanding 21 daripada golongan wanita.

Menurutnya, memandangkan bilangan kematian akibat penyakit kronik semakin meningkat mendorong kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melancarkan beberapa program berkaitan kesihatan termasuk tatacara pemakanan sihat.

“Kita akan periksa kanak-kanak sekolah dua kali setahun untuk memantau obesiti dan mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan akan dirujuk kepada Jabatan Kesihatan.




“Kami juga akan menganjurkan program-program yang berkaitan dengan diet yang sihat dan menggesa semua orang untuk mengawal tabiat makan mereka,” katanya.

Kredit: SinarHarian.com.my

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.4/10 (11 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +5 (from 5 votes)