Cara Untuk Kurus Dengan Cepat – Surat Terbuka Dari JomDiet.com

Nor Amirah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

JomDiet berasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Ramai yang menyangka, atau mereka diberi persepsi bahawa lemak itu boleh dihilangkan dalam masa yang sangat singkat.

realiti

Lihat saja iklan-iklan di Facebook, ada yang ‘claim’ boleh bakar lemak dalam masa beberapa hari sahaja.

Adakah perkara ini benar-benar berlaku?

Ya, bagi sesetengah orang, mungkin ianya benar-benar berlaku.

Akan tetapi, adakah perubahan tersebut benar-benar berkekalan? Tepuk dada tanya selera.

Realiti Di Dalam Berdiet.

Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk kurus. Kurus atau gemuk, ianya adalah ‘result’ kepada cara hidup kita sendiri.

Kalau kita boleh ‘bersabar’ selama beberapa tahun dengan cara hidup yang makin hari makin menjadikan kita gemuk, kenapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama untuk menjadi kurus?

Anda boleh ambil masa 3 tahun untuk naikkan berat badan sebanyak 10kg, kenapa anda tidak boleh ambil masa yang sama untuk turunkan kembali berat badan anda?

Mungkin faktor ‘terdesak’ menjadi sebab utama untuk kita cepat-cepat menjadi kurus. Faktor tersebut mungkin atas alasan untuk berkahwin (anda boleh plan setahun dari awal untuk diet sebelum kahwin), atau pelbagai sebab yang lain.

Akan tetapi, sedarkah anda apa yang anda lakukan (kurus dalam masa yang singkat) ini benar-benar memberi perubahan untuk satu jangka masa yang berpanjangan?

Atau hanyalah sekadar ‘hit and run”. Sekali saja kurus, sebab nak kahwin. Cara hidup tak berubah, tak konsisten dalam bersenam, makan ikut sedap mulut.

Dan akhirnya, berat badan kembali kepada asal, jadi gemuk kembali.

Adakah ini yang anda inginkan?

Tepuk perut, tanya hati anda.

Kredit imej: The Nothing Corporation

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (20 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +8 (from 14 votes)

Cara Untuk Kurus Dengan Cepat – Surat Terbuka Dari JomDiet.com, 8.2 out of 10 based on 20 ratings