Pembedahan Alternatif Terakhir Untuk Kurus?

pembedahan untuk kurus

Ada yang telah mencuba pelbagai jenis diet untuk kurus, namun tak kurus-kurus juga. Mereka mencuba pil diet, diet tanpa nasi (atkins diet), diet dengan herbalife, atau diet dengan bersenam.

pembedahan untuk kurus

Namun, kini terdapat satu lagi alternatif untuk kurus, iaitu melalui pembedahan.




Ia dipanggil sebagai pembedahan bariatrik, iaitu sebuah teknik pembedahan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan pada beberapa bahagian pada perut.

Pembedahan ini dicadangkan kepada individu yang mempunyai BMI yang melebihi 38 dan masih gagal untuk kurus walaupun telah mencuba pelbagai jenis diet. Memetik kata-kata Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Haron Ahmad:

“Bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan menjalani pembedahan.




“Selalunya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat.

“Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya, pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.

“Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

“Jangan salah tafsirnya sebagai pembedahan kosmetik,”

Antara yang pernah menjalani pembedahan ini pelakon Syanie.

Rawatan untuk obesiti antaranya pintasan gastrik, pembedahan sleevegastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik.

Terangnya, selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.

Lalu ia membuatkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang sering diambil.

Dr. Haron berkata, kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.

KelebihanPembedahan bariatrik mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Selepas pembedahan, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

“Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri,” terang Dr. Haron.

KomplikasiApa saja pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya, begitu juga dengan pembedahan bariatrik.

Namun ia berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang dijalani.

Terang Dr. Haron, dengan rawatan susulan, sesi bersama pakar diet dan kaunseling memastikan perawatan total kepada pesakit.

“Risiko untuk pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik untuk bocor ada sebanyak satu peratus.

“Selain itu, pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak mencukupi akibat pembedahan tersebut.

“Sebab itu pesakit perlu berterus an bertemu doktor bagi memastikan segalanya dikawal dan menyediakan pesakit dengan masalah yang mungkin dihadapi,” ujarnya.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.

Pesakit mungkin akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil. – UTUSAN

Nota JomDiet.com:

Apa pendapat anda mengenai kaedah pembedahan untuk kurus ini? Adakah ini cara boleh dianggap sebagai cara terakhir untuk kurus?

Kongsikan pendapat anda diruangan komen dibawah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.7/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)

20 Dari Setiap 100 Orang Di Kelantan Mengidap Diabetes

gula

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir, setiap 20 daripada 100 orang yang berumur 18 tahun ke atas adalah penghidap penyakit diabetes.




gula

Lebih membimbangkan, kebanyakan dari mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya telah menghadapi penyakit tersebut. Kata Dr. Ahmad Razin:

“Peningkatan turut melibatkan golongan remaja berusia 18 tahun yang sebahagian besarnya tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.”

Terdapat empat penyumbang utama kepada penyakit diabetes seperti:




1. Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat;

2. Berat badan yang berlebihan;

3. Kegemukan;

4. Gemar makan makanan yang manis.

“Pesakit diabetis berhadapan risiko dua hingga empat kali lebih tinggi mendapat serangan jantung dan lima kali diserang angin ahmar,” ujar beliau.

NOTA JomDiet.com:

Peningkatan ini bagi kami bukan sahaja berlaku di Kelantan, malah di seluruh negeri di Malaysia. Semua ini bergantung kepada bagaimana cara hidup kita (lifestyle), cara pemakanan kita.

Orang Kelantan memang terkenal dengan masakan manis mereka, dan ini mungkin salah satu sebab kenapa orang di sana lebih ramai yang menghidapi penyakit diabetes ini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.3/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)

Rencana Kesihatan – Derita Akibat Diabetes

Sejak dari 3 bulan kebelakangan ini Ahmad Hashim, seorang penghidap diabetes berumur 55 tahun kerap mengalami kehilangan rasa dan kekebasan di tangan dan kakinya. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa setiap hari.




Puan Salmah, berumur dalam lingkungan 40-an pula kerap kali merasai seolah-olah kakinya panas seperti api. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku atau mengapa dia mengalami keadaan ini.

Seorang lagi penghidap diabetes, Johan Rais mengalami rasa berdenyut dan menjengkelkan di bahagian tangan dan kaki sejak setahun lalu.

Diabetes ialah penyebab paling biasa masalah saraf seperti ini. Jangan anda sekali-kali mengabaikan tanda kerosakan saraf yang disebabkan oleh paras gula darah yang tinggi.




Cara yang terbaik untuk mempastikan dan mencegah diabetes daripada menjadi tidak terkawal ialah mengambil ujian paras gula dalam darah secara berterusan. Daripada keputusan ujian ini anda dapat melakukan perubahan terhadap gaya hidup dan tabiat pemakanan.

Jika hasil ujian itu menunjukkan paras dalam gula darah anda lebih tinggi daripada normal, ia menunjukkan pra-diabetes atau diabetes. Diabetes juga menyerang dalam senyap. Lebih lima puluh peratus penghidap diabetes tidak menyedari mereka menghidapi penyakit tersebut; ia merupakan salah satu penyebab utama kematian yang disebabkan oleh sesuatu penyakit di Malaysia.

Ramai orang buat pertama kalinya sedar mereka mempunyai masalah paras gula dalam darah yang tinggi sebaik sahaja mula mengalami kerosakan saraf atau salah satu komplikasi yang mengancam nyawa, seperti pemotongan kaki, kebutaan, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan strok.

Sekiranya berat badan anda berlebihan atau badan anda terlampau gemuk, ini boleh mempercepatkan kemunculan komplikasi diabetes. Diabetes dan segala komplikasinya boleh berlaku pada semua peringkat umur, tidak kira bangsa dan kumpulan etnik.

Menurut Kajian Kesihatan Nasional dan Mobiditi 2006 (National Health and Morbidity Survey 2006), yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, seorang daripada tujuh warga Malaysia menghidapi diabetes. Namun, ini mungkin hanya satu petanda kecil sahaja bagi suatu masalah yang lebih besar.

Ramai pakar yang terkemuka dalam masyarakat perubatan dan nutrisi di Malaysia kini mempercayai diabetes menimpa sejumlah besar penduduk; iaitu sehingga sebanyak 22 peratus daripada jumlah populasi negara ini. Ini bermakna seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia adalah penghidap diabetes. Satu fakta yang sangat menakutkan.

Pemotongan anggota

Pemotongan anggota merupakan satu kemungkinan besar komplikasi neuropati yang serius. Diabetes ialah salah satu penyebab utama pemotongan bahagian bawah kaki di seluruh dunia sehingga sebanyak 50 peratus daripada semua pemotongan.

Risiko pemotongan kaki adalah 27.7 kali ganda lebih tinggi bagi orang yang menghidapi diabetes.

Rawatan

Menurunkan paras gula darah kepada paras normal adalah langkah rawatan yang pertama untuk mencegah kerosakan saraf daripada berterusan. Pemantauan paras gula dalam darah secara kerap, merancang pemakanan, kegiatan fizikal, mengambil ubat atau insulin, akan membantu mengawal paras glukosa dalam darah.

Ini mungkin mengambil masa, tetapi umumnya gejala itu akan berkurangan apabila pengawalan glukosa dilakukan dengan baik. Pengawalan yang baik juga membantu mencegah atau melambatkan kemunculan masalah selanjutnya.

Para saintis Jepun kini telah mendapati saraf yang rosak boleh dipulihkan semula dengan mengambil sejenis suplemen yang mudah, dikenali sebagai “mecobalamin” atau “methylcobalamin”, iaitu bentuk vitamin B12 yang aktif. Dalam pada itu, mecobalamin merupakan bentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi.

Dengan adanya mecobalamin, hepar tidak perlu lagi menukarkan bentuk vitamin B12 yang tidak aktif (cyanocobalamin) kepada mecobalamin, kerana ia sudah pun aktif dari segi oral. Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan melalui mekanisme unik yang berbeza daripada terapi semasa.

Sesetengah gangguan yang mungkin dapat dicegah atau dirawat dengan menggunakan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati periferal. Ambil satu kapsul yang mengandungi 500 mcg tiga kali sehari untuk menggalakkan pertumbuhan saraf yang sihat dan melindungi daripada proses kemerosotan sistem saraf.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.5/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +5 (from 5 votes)

Cara Berdiet Untuk Pesakit Kanser

Diet untuk pesakit atau bekas pesakit kanser amat penting kerana risiko penambahan berat badan adalah tinggi semasa proses penyembuhan.




Ubat yang digunakan semasa rawatan boleh menyebabkan berat badan meningkat dengan drastik dan boleh mengembalikan kanser.

Statistik kanser meningkat secara mendadak di seluruh dunia tanpa diketahui puncanya.

Mungkin gaya hidup termasuk faktor pemakanan serta persekitaran mendorong kepada peningkatan berkenaan.

Kini masyarakat lebih terdedah kepada makanan diproses, tekanan hidup, kurang senaman dan persekitaran yang tidak sihat.

Justeru seluruh masyarakat sama ada pesakit, bekas pesakit atau mereka yang tidak menghidap kanser perlu mengamalkan gaya hidup sihat.




Salah satunya adalah diet sihat bagi mengawal berat badan berlebihan terutama bagi pesakit dan bekas pesakit kanser.

Pakar Pemakanan dan Diet, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing berkata, berat badan bekas pesakit kanser biasanya bertambah kerana tabiat pemakanan, tidak bersenam selain penggunaan ubat.

“Justeru pesakit serta bekas pesakit kanser disaran mengurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses serta makanan tinggi tenaga dan lemak.

“Mereka digalakkan mengambil makanan berasaskan tumbuhan dengan tiga hingga empat hidangan sehari,” katanya semasa Forum Awam mengenai pemeriksaan kesihatan berkala dan pengesanan awal kanser sempena Hari Kanser Sedunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Lemak dan gula boleh dikatakan sebagai makanan kepada kanser.

“Diet yang tinggi lemak dan gula seperti makanan manis dan bersantan boleh meningkatkan kalori dan menyumbang kepada peningkatan berat badan,” katanya.

Selain risiko kanser kembali berulang, gula dan lemak turut menyumbang kepada penyakit kronik lain termasuk darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Yen Sing berkata, nutrisi yang baik amat penting bagi menjadikan pesakit lebih bertenaga dan tidak keletihan.

“Sebenarnya ramai pesakit kanser mati kerana kekurangan zat makanan,'” katanya.

Namun pesakit perlu memastikan pengambilan lemak tidak berlebihan dengan memantau apa yang dimakan.

“Misalnya, jika pesakit mengambil makanan berat pada waktu tengah hari, maka sebelah petang atau makan malam, kurangkan jumlah yang dimakan.

“Mereka hanya perlu mengambil satu cawan nasi atau bubur nasi atau dua keping roti bijirin dengan lauk-pauk yang tidak digoreng berserta sayur-sayuran,” katanya.

Kekurangan berat badan memang biasa dalam kalangan pesakit kanser dengan 50 hingga 90 peratus mengalami masalah berkenaan.

Keletihan juga adalah perkara biasa kesan rawatan dan ubat yang digunakan.

Bagi mengatasi masalah keletihan, Yen Sing berkata, pesakit memerlukan makanan dalam kuantiti sedikit secara berterusan. Mereka disaran mengambil makanan yang mudah disediakan seperti sandwich dan biskut rendah lemak.

Pesakit biasanya mengalami rasa pahit di tekak dan bagi mengatasinya cubalah ambil makanan yang masam atau herba.

Mereka juga digalakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan oat.

Seelok-eloknya ambil makanan yang dikukus, rebus, bakar atau panggang.

“Penyediaan dan penyimpanan makanan juga penting bagi pesakit kanser kerana makanan perlu disediakan dengan bersih dan disimpan secara betul.

“Misalnya baki makanan perlu disimpan di dalam tempat sejuk beku bagi mengurangkan pembiakan bakteria,” katanya.

Sediakan makanan dengan peralatan yang bersih, asingkan papan pemotong untuk memotong sayur-sayuran dan buah-buahan dengan ikan, daging dan ayam.

Basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan bagi memastikan segalanya dalam keadaan bersih.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.9/10 (30 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 6 votes)