5 Cara Untuk Kempiskan Perut

Nor Amirah
Ramai telah berjaya kurus dengan sistem diet kamikaze ini. Anda juga patut mencuba sistem diet hebat ini!

Memiliki perut yang buncit, atau perut boroi bukanlah sesuatu yang diingini, lebih-lebih lagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, mereka yang memiliki perut buncit dikatakan lebih “bahagia” dan mempunyai “saham” yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit.

Tetapi, jangan kita ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit, dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda.

Dibawah kami kongsikan dengan anda 5 cara bagaimana anda boleh mengempiskan perut anda, dengan syarat ianya dilakukan secara konsisten dan penuh disiplin.

Cara #1: Makan Makanan Yang Betul

Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

Cara #2: Tinggalkan Makanan Ringan

Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

Cara #3:  Berhenti Makan Lewat Malam

Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.

Cara #4:  Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula

Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.

Cara #5: Lakukan Senaman Kardio

Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.

Cuba praktiskan 5 cara ini dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Perut anda kini lebih cantik dan slim! :)

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (18 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +10 (from 12 votes)

5 Cara Untuk Kempiskan Perut, 8.2 out of 10 based on 18 ratings

Print Friendly

More in Motivasi Diet, Senaman Diet, Tips Diet (70 of 96 articles)